Wednesday, March 23, 2011

The Little Pantry

2 komeng

Tarikh : 19 Mac 2011
Tempat : Little Pantry, IOI Mall, Puchong
Masa : 8.00 Malam

Baru ni aku g amik cik miera di Stesen Putra.
Dia naik bas dr Kelantan. Spatutnye dia balik Melaka terus.
Tp tiket ke Melaka dah abis. So dia dtg KL dlu.
Bangun hari sabtu tu dalam tengahari tgk la cermin.
Huh... rambut cam ape je. Xleh rambut camni g jumpe cik miera.
So aku mandi2 dan pergi la cari Kedai Gunting Rambut @ Saloon.
Cari area Puncak Jalil. 1st time gunting rambut kat KL neh.
So bile dah jumpe masuk la kan.

Orang kedai : "Bang nk gunting rambut ke?"
Gue : "Aah. Nak gunting. Berape ye?"
Orang kedai : "Gunting RM15. Nk cuci rambut skali x?"
Gue : "Cuci brape plak?"
Orang kedai : "Cuci rambut RM18. So total skali gunting RM28 la"
Gue : " Err....." sambil cek duit.
Gue : "ATM terdekat kat mane ye?"
Orang kedai : "Nk bayar gune ATM card? Boleh tp kene lebih dlm ?? harga ntah"
dia salah faham plak.
Gue : "Xpelah kak, sy g cucuk duit jap."
Orang kedai : "OK bang."

Aku pun keluar cari ATM. Nasib jumpe 7E area situ.
Pas cucuk duit, fikir balik nk gunting kat situ ke tidak.
Sbb malas nk cari tempat lain, aku masuk balik kedai td.

Aku cuci rambut(RM18) + gunting(RM15) + letak gel(RM3) = RM31

Result dia? cam haram rambut aku jd nye.
Tp time cuci tu best la. Dia urut2 lagi. Pakai syampo sejuk.
Ilang segala kutu2 aku yg dah lame berkampung.

Pas gunting ingat nk g jln2, tp sebab rambut xbape elok sgt.
Aku balik umah dulu. Repair rambut aku skit. Gunting sendiri =..=
Then lepak kat umah sampai aku tertido.
Sedar2 cik miera call ckp dia dah masuk gombak.
Cepat2 aku bersiap dan g amik dia.
Pas amik dia terus bertolak ke IOI Mall.
Brenti kat Petronas Bukit Jalil kejap, isi minyak full tank dan solat.
Dah sampai sane tu, parking dan cari kedai 'Little Pantry'.


Cantik kedai dia :)


;)


ye... aku dah gemuk =..=

Our dessert~ Chocolate Cake

Watermelon Juice & Ice Blended Cappuccino n Mint

Seafood Marinara (makanan yg aku bese mkn kat filipin)

Chicken Chop (nmpak cam ape je dlm gmbar neh)

minum air xabes.. bazir je. :P

So lepas abis makan n snap2 tu bayar la kan.
Kalu dah kedai cam gini for sure mahal. :P
Harga dia :

Chocolate Cake 1 slice : RM6.50
Watermelon Juice : RM9.50
Ice Blended Cappuccino : RM7.50
Chicken Chop : RM16.90
Marinara Spaghetti : RM21.90

Total with service charge n tax : RM69.15

huuuuu terus pokai pastu.
Tp takpela. 1st time kan? :)
Harap pasni dpt makan kat tempat best2 lg.
Then ur turn dear utk belanja b. :P
K itu aje. Salam~


Friday, March 18, 2011

Futsal

0 komeng

Salam semua
Arini nk bercerita pasal Futsal plak.
Sukan yang paling aku minat selepas bola sepak.
Smlm baru dpt main setelah 2 kali gagal utk bermain.
Penat dia xyah ckp la. Main 5 org xde sub, pastu stamina xde.
Lame2 xmain pon, kaki ni still lg dapat score gol2 cantik. :D
Rindu zaman skolah, matrik dan U. Time tu aku mmg aktif main bola.
Tp bile dah keje kat negeri org ni, nk main sbulan skali pon payah.
Dengan kene pegi outstation ke negara yg xminat bola sepak lg. =..=

Hope lepas ni dpt main futsal slalu la. Tempat2 futsal pon dah byk jumpe.
Walaupun sesat2 time nk mencari nye.
Kpd membe2 yg rindu nk main futsal, kontek la aku.
Boleh kite arrange bile2. Tp time aku kat mesia la ye.

Esok nk amik perempuanku. Rindu :)
Harap2 dia selamat sampai la.

Time kat Alamanda.

K itu aje.
Sekiang~





Tuesday, March 15, 2011

2011

0 komeng
Salam semua.
Dah lame tak update blog.
Rindu pon ade kat blog ni.
Slalu je bukak, tp bukak tuk tgk blog org lain.
Umur aku skrang dah nk masuk 23 tahun.
Dah dewasa dah aku rupenye. Tp keje baru 6 bulan.
Saving pon ade la sikit. Diri ini xsabar nk kawin sbenarnye. :P
Tahan2.. duit xde lg T_T

Skrang ni aku bekeje di syarikat bumiputra iaitu Hopetech Sdn Bhd.
Mule2 masuk keje sebagai Junior Software Developer.
Tp lepas abis kontrak 6 bulan baru ni, dah naik taraf jd Software Engineer.
Name jawatan cam hebat je, tp org nye xhebat sgt. Basic programing pon fail.
Keje kat sini bleh tahan bz. Bz kalau pegi outstation. Stakat ni g Filipin je.
Hari2 keje, xde cuti. Pastu just bg alaun makan je hari2. xde overtime.
Tp xpela, sebagai budak baru xleh nk komplen2 sgt. Keje je dlu.
Dah otai nanti boleh la nk demand2. yedak?
Papepon stakat ni dah byk pengalaman aku dpt lepas bekeje.
Harap dpt menjadi lebih baik n baik lagi di masa hadapan.
Baru senang nk jd CEO. yedak?

Tu saje lah coretan yg mampu aku taip kat opis ni.
Keje byk, tp suke tangguh2. Xbrubah2 aku ni. =..=
Sekiang~ Time Kaseh~

Friday, September 24, 2010

Faizal Tahir - Hanyut

1 komeng
Lirik :

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Download :

p/s: Dah lame gile xupdate blog. WC dah lepas. EPL pon dah start. =.=

Thursday, July 1, 2010

Microsoft .NET vs Java

3 komeng

VS







Pastu lupe nk post
Spain 1-0 Penjajah
David Villa yg score slepas Torres kluar.

Quarter Final :
2 Julai 2010
Uruguay v Ghana
Ayam Belanda v Brazil

3 Julai 2010
Argentina v Nazi
Para Para Sakura v Spain

Saturday, June 26, 2010

Spain > 2nd Round

0 komeng
lol. jangan sedih. Y_Y

hah. lompat jgn xlompat.

Game mlm n pagi td :

10.00 mlm
Brazil 0-0 Portugal
Ivory Coast 3-0 North Korea

2.30 pagi
Switzerland 0-0 Honduras
Spain 2-1 Chile
David Villa 25'
Iniesta 37'
Millar 47'


Spain n Chile bermain cantik hanya 1st half je. 2nd half haram.
Mayb time 2nd half tu coach Chile bukak livescore n
tgk result game Swit ngan Honduras yang masih 0-0.
So perkiraan dorang, kalu kalah 2-1 still boleh pegi. Then main bertahan je.
Spain pon dgn gaye yg same, men pegang bola je.
Pastu paling kesian David Silva duk tunggu 5 minit utk masuk padang.
Bola x out. Jadi dia xleh masuk sampai la game abis. =.=
Xkesian lgsung kat membe. Dia nk masuk sentuh bola gak.
Buang jela bola. Bkn payah pon.

Utk game Brazil v Portugal.
Same gak. 2nd half boring.
1st half tu ok lagi la. Nilmar ade pluang nk gol.
Pastu fake Ronaldo yang bersusah payah nk lepas dr Lucio.
Lucio ni bkn stakat defend je sedap, drib bola smpai atas pon slambe je.
Pastu Brazil tumpul tanpa Elano n Kaka.
Nanti jumpe Chile, fan Brazil doa2 jela Sanchez tu patah kaki.
Dia sorang da ckup buat Spain huru-hara.


Aku suke gambar ni. hahaha



Tuesday, June 22, 2010

Spain 2-0 Honduras

0 komeng
Spain 2-0 Honduras
David Villa 17' 51'
Mamat ni hampir hat-trik.
Tp tibe2 plak penalti dia amik xmasuk. =.=
Down gile aku tgk. Baru berharap Spain ley menang besar.
Last2 dorang men slamat. Dapat 2 gol da ckup kut bg dorang.

Next game lawan Chile.
Lawan yang agak liat. Chile skrang da 6 mata.
Menang 2 game. 1-0 dgn Honduras. 1-0 juga dgn Switzerland.
Berharap dpt menang besar la nanti bile lwn Chile.
Pastu Switzerland menang tipis @ seri @ kalah terus dgn Honduras.

Susah gak laluan Spain neh.
Tu la, sape suh kalah awal2 =.=
Portugal gak sedap. Bantai Korea Utara 7-0.
Terus layak nk g pusingan ke-2.
Sbb mustahil Ivory Coast ley bantai Korea Utara lebih dr 7-0.
Kalu Drogba de kuasa, bley la kut.
Itu saje lah. Dah ngantuk. Tido!
Nite~

Wednesday, June 16, 2010

Spain v Switzerland

0 komeng

Lame dah menunggu team febret aku ni main.
Jeng jeng jeng...

Spain v Switzerland
10.00 PM
Durban
16 Jun 2010


Kalu nk tgk game2 sbelum ni, hanya German je yg menang besar.
Dorang blasah Australia 4-0. Australia dah la negara omputeh.
Tukar jd asia, pastu kene tibai ngan German.
Wat malu org asia jek. =.=

Selain German, Korea Selatan juga menang selesa 2-0
ke atas Greece. Holland juga menang 2-0 ke atas Denmark.
Bagi kump sengit yang bermain smlm.
Ivory Coast 0-0 Portugal. Brazil 2-1 Korea Utara.
Nasib ivory xelok sbb Drogba baru baik dr injured.
Dia masuk minit 70+ dan hampir2 nk jaringkan gol.
Nasib xdpt free kick je. Kalu x, sure gol da.

Team Korea Utara smlm mmg patut diberikan pujian.
Dorang bermain dgn baik skali. Walaupun kalah 2-1,
tp dorang amat2 menghargai 1 gol tersebut.
Kalu korang tgk lepas dorang score, sume gumbira mcm dah menang game.
Semangat tu yang kita nak apabila lawan pasukan pilihan.
Xmcm Australia. Kene ayam 4-0. (nasib ko la aus, kene maki di aku)

Utk game Spain mlm ni, aku harap sgt dorang menang besar.
3-0 pon jadik la. Nk bantai 4-0 tu payah gak sbb lawan bkn team cikai.
Kpd David Villa, baik ko hat-trik mlm ni.
Aku dah beli ko mahal2 n taruk ko jadi kapten.
Pls jgn hampakan aku. hehe.
Kemaruk McDonald's Fifa World Cup 2010.

ni ha David Villa kalu xkenal.

Tuesday, June 15, 2010

Surat utk Kaum Wanita

2 komeng
Sile klik gambar di bawah utk membaca.
Kalu xnk klik, bace je trus kalu bleh.

ok deal? hehe



sape xensem tp kaye? gurl ni sudi. haha


sumber : Oh! Tidak

Saturday, June 12, 2010

6ixth Sense - Yang Sempurnakanku

1 komeng

Video:


Lirik:

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Friday, June 11, 2010

Berita Chelsea

0 komeng
Pemain2 yang keluar :

Ballack

  • Nama Penuh : Michael Ballack
  • Tarikh Lahir : 26 September 1976 (1976-09-26) (age 33)
  • Tempat Lahir : Gorlitz, Timur Jerman
  • Posisi : Tengah
  • Kelab yang berminat : Bayern Munich, Schalke 04

Belletti

  • Nama Penuh : Juliano Haus Belletti
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 1976 (1976-06-20) (age 33)
  • Tempat Lahir : Cascavel, Brazil
  • Posisi : Bek Kanan, Tengah
  • Kelab yang berminat : Marseille

Joe Cole

  • Nama Penuh : Joseph John Cole
  • Tarikh Lahir : 8 November 1981 (1981-11-08) (age 28)
  • Tempat Lahir : London, England
  • Posisi : Tengah
  • Kelab yang berminat : Arsenal, Tottenham, Liverpool, Man Utd, Celtic

Stoch

  • Nama Penuh : Miroslav Stoch
  • Tarikh Lahir : 19 October 1989 (1989-10-19) (age 20)
  • Tempat Lahir : Nitra, Slovakia
  • Posisi : Sayap, Penyerang
  • Kelab yang berminat : Fenerbahce (Kontrak 4 tahun)

WE WILL MISS U ALL.
GOOD LUCK IN UR FUTURE FOOTBALL



Afrika World Cup 2010


England
  • Ashley Cole
  • Frank Lampard
  • John Terry
France
  • Nicolas Anelka
  • Florent Malouda
Ivory Coast
  • Didier Drogba
  • Salomon Kalou
Portugal
  • Deco
  • Ferreira
  • Carvalho
Serbia
  • Ivanovic

Drogba dah kembali berlatih.
Kemungkinan dia dapat bermain utk 1st game lawan Portugal.
Latest News

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa Monyet Makan Pisang?

2 komeng

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

tips ini dikebas dr Soleh.net

Tuesday, June 1, 2010

Real Mou-rid

0 komeng
Jose Real Mou-Rid

Biodata :
Name sebenar : José Mário dos Santos Félix Mourinho
Tarikh lahir : 26 January 1963 (1963-01-26) (age 47)
Tempat lahir : Setubal, Portugal


[2000-2001] Benfica
[2001-2002] Uniao de Leiria
[2002-2004] Porto
[2004-2007] Chelsea
[2008-2010] Inter Milan
[2010-????] Real Madrid

Piala :
Portugal Porto (2002–2004)
England Chelsea (2004–2007)
Italy Internazionale (2008–2010)

Seperti mana yang semua tahu Real Madrid
merupakan kelab terfemes di dunia.
Kebanyakan pemain2 ternama pernah bermain di kelab ini.
Tp dalam 2 musim ini kelab ni xmenang apa2 piala.
Apa yang aku tgk Real mempunyai striker yang mantap
cume defend je kurang. Senang sgt dibolos.
Kebiasaannya Mourinho bermain strategi bertahan
dan melakukan counter-attack.
Strategi ini berjaya merangkul Piala Juara-juara Eropah 2010.
Tp strategi ini sesuai ke dgn Real yang suke dgn taktik serangan?
Ramai yang berpendapat musim depan rentak permainan Real
akan menjadi bosan dgn kehadiran Mourinho.
Tp aku xrase begitu. Dia pasti melakukan yang terbaik
untuk membuktikan dia layak berada di Madrid.

Pemain2 yang dia ingin bawa masuk ke Real :
Douglas Maicon - Inter Milan
Ashley Cole - Chelsea
Frank Lampard - Chelsea
Steven Gerard - Liverpool
Fernando Torres - Liverpool
Wayne Rooney - Manchester United
Nemanja Vidic - Manchester United
Sergio Canales - Racing Santander
Frank Ribery - Bayern Munich
Juan Manuel Vargas - Fiorentina
Angel Di Maria - Benfica
David Silva - Valencia
Eden Hazard - Lille
(mayb dalam 2 3 4 pemain kat atas tu akan masuk Real)

Yang paling aku xsuke dgr bile dia nk amik pair Chelsea
Lampard & Ashley Cole swap dgn Kaka.
Aku suke Kaka nk masuk Chelsea, tp bile dia nk amik
2 tonggak Chelsea xbest la kan.
Lampard bermain baik season 2009/2010 dgn 22 gol liga.
Aku berharap dia akan stay di Stamford Bridge.
Kalu amik Ashley Cole je xpela. Chelsea still ade Zhirkov.
Aku rase tu je info2 yg aku nk bgtau.
EPL byk rumours pasal Liverpool, ManUtd n Arsenal.
Chelsea xbyk sgt rumours nk beli player.
Bosan aku bace team2 lain nye rumours.
Tggu jela Chelsea sign striker terbaik punye.
Adios~

Saturday, May 29, 2010

TAG dr Aten

8 komeng
Soalan 1 : Adakah anda rasa anda hot?
Ye. Tgh hot gile neh. Suhu 40 darjah celcius.

Soalan 2: Upload wallpaper yang anda guna sekarang.


Soalan 3 : Cerita pasal wallpaper tersebut.
Buat sendiri pakai photoshop dgn bantuan tutorial kat tenet.
Aku lebih suke buat wallpaper sendiri berbanding amik gmbo2 kat tenet.
Sbb bile dapat hasilkan sesuatu yang cantik, hati jadi puas. :)

Soalan 4 : Bila kali terakhir anda makan pizza?
Mase dating dengan myGurl kat KB Mall.
Pastu tringin sgt nk makan Chicken Chop ngan dia. Dah lame xmakan. Y_Y

Soalan 5 : Lagu paling latest anda dengar.
Geisha - Takkan Pernah Ada

Soalan 6 : Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Dengar lagu kat atas tu.

Soalan 7 : Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Kamen. Kameng. En Kamen. En Kames.

Soalan 8 : Tag lagi lapan orang.
Byk gile 8 orang. =.=
1. MyGurl
2. Cetung
3. Tukang Karut
4. Boss Naqib
5. En Falcon
6. Tina & De Geng
7. Hafriz
8. Bell

Soalan 9 : siapakah orang no. 1 kepada anda?
MyGurl

Soalan 10 : Katakan sesuatu kepada orang no.5
Mat Dagang rindu ko.

Soalan 11 : No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Banyak sgt skandal dia. Nk taip xmuat blog. Biar dlm poket aku jek. haha

Soalan 12 : Bagaimana pula dengan no.4?
Tu Boss segala donlod. Mintak je cite ape ngan dia. Sume ade.

Soalan 13 : Pesanan kepada orang no.6
Nak kek lapis. :)

Soalan 14 : Kata-kata cinta untuk orang no. 2.
Hargailah dia selagi dia masih disampingmu.

Soalan 15 : Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
erm... dua2 bukan GAY.

Soalan 16 : 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
Name dia Aten.
Dia org Terengganu tp xtau yg P. Redang dekat Perak.
Dia junior aku.
Kawan baik kepada adik.

Soalan 20 : Gay or less?
Gay

Selesai TAG

Tuesday, May 25, 2010

Masih ingat Ronaldo?

0 komeng
Bukan dia ni... =.=






















Yang ni lah.. The Real Ronaldo.


Ape dah jadi kat dia skrang?
Dah jadi artis ke?
Ke apply borang utk ganti Dunga?
Xdelah. Dia still lagi bermain bola sepak.
Umur dia skrang 33 tahun & bermain utk Kelab Corinthians (Brazil).



Dunga cakap pasal Ronaldo
"Kalau dia (Ronaldo) masih dapat bermain bola & dapat jaringkan gol,
kemungkinan dia akan dimasukkan kembali ke skuad Brazil utk World Cup 2010"

Selepas baik dr kecederaan lutut utk kali ke-3,
Ronaldo kembali ke padang utk bermain bola sepak.
Memang agak sukar sbb berat badan dia dah meningkat,
tetapi bisa pada kaki dia tetap pada tahap yang sama.
Sepanjang kariernya di Corinthians,
dia berjaya menjaringkan 13 gol dlm 21 aksi perlawanan.
Mungkin ia tidak terlalu banyak, tp sudah cukup hebat bg pemain
yang baru sahaja baik dr kecederaan yang panjang.


Ronaldo akan bermain utk World Cup 2010?
Tunggu jela yek.~

Monday, May 24, 2010

Razzi Rahman - Kerana

2 komeng

Lirik :
Kehadiran mu
Bagaikan pelangi pagi
Yang mewarnai hati ini

Kelembutan mu
Mencorakkan hidup ini
Kerana kasih mu abadi

(bridge)
Hebatnya cinta
Hingga akhirnya
Sampai ke tua
Kita berdua...

(korus)
Kerana ku tak mahu
Terus hidup tanpa mu
Kerana ku tak mampu
Bernafas tanpa mu

Kerana ku tak mahu
Rindukan pelukan mu
Kerana tak mampu ku
Berjauh dengan mu

Video :


Download :
Razzi Rahman - Kerana

Official Website :
RazziRahmanMuzik

Sunday, May 23, 2010

Sape cakap?

7 komeng
Sape cakap perempuan xseksi kalu ade bulu ketiak?
Sile tingok
.
.
.
.
.
.
.

Santek x? haha

yg ni taruk syampu tiap2 hari.

masuk majalah lg.


Artis2 pon menyokong supaya perempuan menyimpan bulu ketiak.
Xcaye?
.
.
.

Drew Barrymore

Julia Roberts

Tyra Banks (ni sikit je. dia malu)



Dah busuk da blog aku ni.
Pastu layan la vid comel gadis jepun.
Xtahan aku tgk. cute gile. wakaka~




So apa kata wanita??
drop komeng pls. :P

Wednesday, May 19, 2010

Oh! BBM

5 komeng

Oh! BBM
Kenapa kamu?
Kenapa kamu berpaling tadah denganku?
Aku sungguh berharap terharap dirimu.
Tetapi kenapa kau sanggup berbuat begini kepadaku?
Sungguh aku keciwa
Sungguh keciwa....

Penat lelah ku pergi ke kelas
Semata-mata untuk menatapmu
Penat lelah ku menjawab ujian
Semata-mata untuk membuktikan aku arif tentangmu
Tapi ini yang kau balas..
Ini yang kau beri....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sajak xbetol hasil nukilan prof madya kamen rider

Saturday, May 15, 2010

MyFren2U

0 komeng
MyFriends2u.com


Satu lagi website sembang sosial yg terbaru.
Fungsi dia same je mcm facebook, twitter, frenster, myspace.
Tp yang ni syarikat mesia yg buat. Ade sape2 yg da register?
Aku pon tgh terfikir2 nk try ke x. huhu.

Nanti dlu la... pas aku register, aku update post ni. :)

___________________________________________________________________

Dah register. Lebih kurang facebook je. =.=
Watla kelainan sikit.. hampekan aku betol.

ni dia nye homepage

Lepas je register & masuk homepage, terkejut aku dah ade wallpost sume.
Rupenye aku dah ade 3 fren yg telah diadd secara auto.
Mayb 3 org ni antara developer kut.
Silau2 la tgk dia nye interface sume.
Mmg xbyk beza ngan facebok. Color pon biru. =.=
Otak blue sungguh. Nasib aku Chelsea. hehe~


ni aku nye profile kat myfren2u

Dia nye profile pon same jugak. Xdela beza sgt pon.
Tp kalu korang nk men mende alah ni nnti add la aku.
arief_159@yahoo.com

adios~

Thursday, May 13, 2010

Menghitung Hari 2

1 komeng

Anda - Menghitung Hari 2



Lagu ni adik aku yg bagi. Sedap didgr =)
Musik dia same dgn lagu asal Kris Dayanti - Menghitung Hari.
Cume dia ubah lirik supaya bersesuaian dgn lelaki.
Sape Anda ni? Dia ni orang indon.
Dulu ade satu lagu dia yang hit.
Anda - Tentang Seseorang (OST Ada Apa Dengan Cinta)

Tu lagu dia la. Lagu tu mmg besh gile. Sampai sekarang aku hapal.
Mesti ade yg tertanye2, nape aku minat lagu indon.
Bagi aku musik indon lebih baik dr musik mesia.
Atas tlinge yg mendgr la kan. Masing2 ade minat sendiri.

Lirik:
Menghitung hari detik demi detik
Menunggu itu kan menjemukan
Tapi ku sabar menanti jawabmu
Jawab cintamu

Jangan kau beri harapan padaku
Seperti ingin tapi tak ingin
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan pura-pura

Reff:
Jangan pergi dari cintaku
Biar saja tetap denganku
Biar semua tahu adanya
Dirimu memang punyaku

Jangan kau beri harapan padaku
Seperti ingin tapi tak ingin
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan pura-pura

Repeat reff

Belum pernah aku jatuh cinta
Sekeras ini seperti padamu
Jangan sebut aku lelaki
Bila tak bisa dapatkan engkau
Jangan sebut aku lelaki

Download Here :
Anda - Menghitung Hari 2
Anda - Tentang Seseorang


p/s : 1 hari duk looping lagu ni. hehe~
Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors