Sunday, April 26, 2009

West Ham 0-1 Chelsea

2 komeng
0

1
S. Kalou 55'

Wednesday, April 22, 2009

TalenTime (2009)

0 komeng
Sape yang da tgk cite ni? Ape pandangan korang tentang cite ni? Aku xtgk2 lg. Tgk trailer dia mcm best. Komen dr yg da tgk pon ade +ve n -ve. Bese r tu kan. Sini aku just nk share dia nye OST. Banyak dinyanyikan oleh Aizat. Memang best la lagu dr dia.

Tracks:
01. Atilia - Kasih Tak Kembali
02. Atilia - Angel
03. Aizat - Just One Boy
04. Aizat - I Go
05. Aizat - Itulah Dirimu
06. Aizat - Pergi
07. Pete Teo - I Go
08. Rahat Fateh Ali Khan - O Re Piya

Tuesday, April 21, 2009

Last Paper

0 komeng
Gud luck kat sume membe2 aku. Last paper dah. Hahaha.
Arap paper yg ni dpt jawab dgn tenang la yek.

Pastu kpd jie, sory ptg ni aku xleh join mandi pantai. Ade training. K itu aje. Adios!

Saturday, April 18, 2009

HRP-4C Gynoid - Robot Perempuan

6 komeng


Comey gak robot ni yek. hehe. Tp kalu dia pakai bju kurung lg cun :D. Papepon, kat mesia lambat lg nk smpai. hahaha

FA Cup : Arsenal 1-2 Chelsea

0 komeng

1
T. Walcott 18'

2
F. Malouda 33'
D. Drogba 88'


Harap jumpe Man Utd la final kang. hehe :D

Thursday, April 16, 2009

Teke-Teki

6 komeng
OK. Teka-teki nye berbunyi begini. Ape yg Si Puteh aku tgh buat?? Sile tekan read more utk tgk gmbar. Gmbar dia agak 18SX. So bg yg bawah umur xleh tgk. :p

Si Putih aku dr sudut atas
Si Putih aku dr sudut tepi
Si Putih aku dr sudut depan

Wednesday, April 15, 2009

Champions League : Chelsea 4-4 Liverpool

5 komeng
Ballack dan Drogba rai gol pertama Chelsea
Kencang! Gol tendangan percuma dr Alex

Chelsea
D. Drogba 51'
R. Alex 57'
F. Lampard 76', 89'

Liverpool
F. Aurelio 19'
X. Alonso(pen) 28'
L. Leiva 81'
D. Kuyt 83'
Chelsea menang agregat 7-5.

Great game dr dua2 team. Aku suke tgk. Walopon xsedap duduk time tgk. huhu.
Kpd Manchester United and Arsenal, gud luck!

Tuesday, April 14, 2009

Geng Jatuh Sakit!

8 komeng
Geng jatuh sakit :
1. Ain Kecik
2. Tina
3. Bell
4. Arif (Aku la)

Amende ni geng jatuh sakit??
Ni adalah geng yg ade baju jatuh sakit. haha. dikalangan dak SE UMT ni skit je, tp yg lain ramai lg kut. Kene tanye pen-design baju la bape ratus yg tempah bju tu. Pastu tujuan lain bukak topik ni just nk show off skil je. Tgh asah2 ni. huhu. Klik read more kalu nk tgk ape yg aku asah...

ni la aku kalu xtau
tina & ain
Gambar ni xde kene ngene ngan geng jatuh sakit. ni just nk bg zafirah donlod. :p

Kpd bell, sory yek. Gambar kamu pakai bju tu xde. hehe. Nanti da posing2 sume, send kat aku yek. Akan ku updatekan. So itu saje..


Monday, April 13, 2009

Oh! Struktur Diskrit!!

10 komeng
Muke sayu pelajar SE selepas tamat mase menjawab

Berharap! Tu je leh aku kate. Td exam ke-3 struktur diskrit mmg susah gile. Xtercapai akal aku nk jwb soklan tu sume. Aku tgk prof yazid senyum2 je smbil lalu kat line budak2 SE. Aduhai... kejam jugak dia tu.. Arap sgt la cary mark aku tggi. Xde la fail subjek ni. Papepon kpd budak2 SE len, jgn putus ase yek. ade 2 paper lg. Yg paper arini, lupekan aje. Sape suh xstdy. muahaha!

Nabil Bintang Paling Popular

0 komeng
BINTANG Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama trofi yang dimenanginya pada majlis kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.


Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan 'Sentuhan Tenun' yang berlangsung selama lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.

Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.

Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha.

Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
sumber : Berita Harian

Sunday, April 12, 2009

Chelsea 4-3 Bolton

3 komeng
Rai : Lampard score gol penalti utk gol ke-3 Chelsea

Chelsea
M.Ballack 40'
D.Drogba 48'
F.Lampard(pen) 60'
D.Drogba 63'

Bolton
A.O'Brien 70'
C.Basham 74'
M.Taylor 78'

Menang, tapi last minit Chelsea main teruk. Leading ngan 4-0, tp berakhir 4-3. Bahye ni kalu kekal camni. Pasni nk lawan liverpool plak kat home. Kalu kekal men camni, sure kalah. Bg aku hiddink awal sgt buat pertukaran. Pastu Cech n terry td byk mistake. Debar2 aku tgk Chelsea men td.

Friday, April 10, 2009

Lelaki gigit zakar kawan

5 komeng
LESNA, Poland - Disebabkan geram, seorang lelaki menggigit hingga putus dan menelan zakar rakan karibnya selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pergaduhan di sini, selatan Poland, mangsa Marian Milczarek yang berumur 53 tahun dipercayai bertengkar dengan rakannya, Wojciech Sowinski mengenai sebuah treler.

MILCZAREK dirawat di sebuah hospital di Poland.


Dia kemudian mula memukul saya dengan seutas rantai dan menarik seluar saya ke bawah sebelum mula menggigit kemaluan saya. Ia amat menyakitkan," kata Milczarek.

Polis dan petugas perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian gagal menemui zakar mangsa.

Mereka percaya organ tersebut telah dimakan oleh penyerang itu yang kini menghadapi hukuman penjara 10 tahun.

"Jika kami dapat menemui zakar itu kami mungkin dapat menyambungnya semula," kata doktor, Adam Domanasiewicz. - Agensi

www.kosmo.com.my

p/s: jgn la buat camtu kat membe korang yek.


Wednesday, April 8, 2009

Champions League : Liverpool 1-3 Chelsea

4 komeng
Liverpool 1-3 Chelsea
Torres 6'
Ivanovic 39' 62'
Drogba 67'

Sunday, April 5, 2009

YouTube : Anas Tahir Feat Akbar

4 komeng
Ni nk ajak korg tgk video best. Td sbelum exam pailong r tunjuk kat aku video neh. Mmg gile r sket kpale budk yg buat video neh. Diorg ni sorg artis n sorg adik artis. Korang layan aje ye.. jgn lupe! drop komen . :D peace!


Nk tgk video2 dia lg. G la kat channel dia ye
Click here -> Anas Tahir

Friday, April 3, 2009

YouTube : Our New PM!

0 komeng

Wednesday, April 1, 2009

Payung Hujan Feat Amy

5 komeng
Payung Hujan BandManager Payung Hujan with Amy!!

Baru2 ni, band Payung Hujan telah merakamkan satu lagu bersama Amy Search. Lagu yg bertajuk tajuk 'Tiada Lagi'. Jgn terkejut ble dgr name Amy Search ni. Tp tu la kenyataan nye. Di sini aku de sediakan lagu nye. Boley le enjoy2 yek smbil study. muahaha~~

Download here:
Payung Hujan Feat Amy - Tiada Lagi
Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors