Friday, January 29, 2010

Mengail

3 komeng
Lubuk Lembah Bidong

Semalam 28hb Januari 2010, aku n the geng sekali lagi pergi mengail.
Kali ni ahli yang pergi agak ramai:
1. Hafriz (ketua rombongan)
2. Aku
3. Anep
4. Boss
5. Zikri
6. Zack
7. Chip

Tepat pada pukul 3 petang atau lebeh2 sikit,
kiteorg bertolak ke rumah kawan Hafriz (aku lupe name abg tu).
Sampai di sana kiteorg makan tghari dulu.
Banyak gile lauk dia bagi. Selamat ade tukang bedal.
Selesai makan. Joran jugak sudah disetting, kiteorg pon bertolak.
Agak2 dlm kul 5 sampai di lubuk Lembah Bidong.
Cuaca masih panas mase tu. Tapi sebab dah tak sabar.
Sume ahli mengambil port masing2 dan mula mengail.

tercirit aku tunggu ikan makan umpan
abdul zack yg sabar dgn karenah ikan
da bosan dgn port td, aku tukar port lain.
dan hasilnya, seekor haruan! haha

Kiteorg mengail sampai ke mlm. Tp kali ni hasilnya tidak sebanyak
hasil mengail yg lepas :
Hafriz : 3 ekor kut
Chip : 3 ekor jugak kut
Zack : 3 ekor (1 dpt, 2 terlepas masuk dlm semak)
Boss : 1 ekor
Zikri : 1 ekor
Anep : 0 ekor (hahaha! nub)
Aku : 2 ekor! yeah!!


Itu saja utk entri kali ini. Arap2 lepas ni dpt mengail lagi.
Ke guane Hafriz? hahaha.




Thursday, January 28, 2010

Chelsea on TOP

0 komeng

Setelah beberapa hari memberi laluan kpd team MUu n Arsengal
utk merasa berada di atas, akhirnya Chelsea naik kembali.
Kemenangan 3-0 ke atas Birmingham pagi tadi melengkapkan
kemenangan ke-3 berturut-turut selepas ketiadaan pemain-pemain afrika.
Gol hasil jaringan :
F. Malouda 5'
F. Lampard 32', 89'

Kemenangan ini membuktikan Chelsea tidak perlu risau walaupun
ketiadaan D. Drogba, S. Kalou, M. Essien & J. Mikel.

Chelsea juga tidak perlu 'tercirit' utk membeli pemain baru kerana
pemain-pemain yang ada sudah mencukupi dan dapat
menabur bakti yang cukup kepada Chelsea.

Untuk Gameweek 24, Chelsea akan bermain 2 kali :
Burnley - Chelsea (30 Januari 2010)
Hull City - Chelsea (2 Februari 2010)


Jikalau Chelsea menang utk kedua2 game tersebut, Chelsea akan kekal
di tangga teratas liga dengan kelebihan 4 mata ke atas MUu.
Itupun jika MUu menang ke atas Arsengal di Emirates nanti.

Sekian saja utk entri kali ini.
Chelsea Chelsea~~

Saturday, January 23, 2010

Semalam

0 komeng
Sepatut nya semalam hari yang bosan.
Tapi telah berlaku peristiwa yg buat aku akan ingat selamanya.
Bermula dgn pergi memancing dekat lembah bidong.
Aku ngan 4 org membe dibawa menaiki kereta Hafriz.
membe2 tersebut :
topek (Tukang Karut)
anep (Anip Bipo)
khaire (Hittokiri Crimson)
Kiteorg bertolak kul 4 ptg. Sampai sane dlm kul 5 kut.
Aku ingat g sane nk tgk je. Tp joran ade byk n aku dpt joran paling mahal,
iaitu joran kayu buatan sndiri. hehe.
Bermulelah sesi memancing dan hasilnya :
Hafriz : 5 ekor ikan
Anep : 3 ekor ikan
Topek : 1 ekor ikan
Khairee : 1 ekor ikan
Aku : 10 ekor ikan xnk makan aku nye umpan. siotan.
Abis sesi memancing kiteorg pegi la balik umah.

muke2 yg sgt 'pndai' memancing.

Pastu sesi malam plak. Kiteorg dah janji nk makan sekali ngan Hafriz
kat kedai Zalina kul 8.30. Tp tau2 jela, jamban 1 tp org nk mandi 6 org.
Jd kiteorg bertolak kul 9. Kesian Hafriz tggu lame.
Aku seperti biase membawa motor kamen rider itam.
Tp smlm tibe2 khaire nk tumpang. So bawak dia duk belakang
Dalam hati da rase xsedap ngan tayar belakang aku ni.
Mcm xde angin sgt. Tp bawak jela.
Smpai dekat satu simpang aku mengambil selekoh dgn hampir jayanya.
Tp akibat malang berbau busuk, tayar belakang lari n aku terbabas.
Nasib baik xjatoh atas jalan. Aku, khaire n motoku terbabas kat tepi jalan.
Aku ngan khaire xde ape sgt. Tp satu2 nye motor aku telah nazak.
Hancur habis~~ T_T.
Tapi sbb da janji nk makan, tiggal moto n pegi makan dlu, isi perot.
Lupekan sekejap pasal moto yg da nazak.

Pastu sesi tgh mlm plak. Tunda moto aku antar ke rumah sewa.
Mmg agak berat nk tunda sbb moto tgh gear 3 n xleh nk tukar sbb gear patah.
Pastu ditambah tayah belakang pancit. Terpakse tunda jln kaki je.
Tetapi ditemani ahmad topek, ahmad anep, ahmad khaire n ahmad hafriz.
Hafriz folow dr blakang ngan kete. Yg lain folow dgn moto.
Lepas aku letih mengheret motoku, tukar org plak.
Anep ingin mencuba menunda moto sambil dibantu topek dgn moto gabannya itu.
Ketika detik manis itu dijalankan, ahmad topek telah hilang keseimbangan badan.
Lalu terjatuh dgn ayunya bersama moto gaban beliau.
Sambil diperhatikan oleh aku sendiri bersama khaire, anep n hafriz.
Aku xtau ape motif ahmad topek melakukan stunt sedemikian.
Tp sesungguhnya lakonan tersebut agak lawak.
Sampai nk terkentot aku melihat gelagat topek.
Kiteorg gelak ketawa sehingga ke destinasi.
Terima kasih kepada semua yang membantu dan sejuta terima kasih
kepada ahmad topek kerana beliau telah mencuit hati ini dikala sedih. haha
Sekian~~


Sunday, January 10, 2010

AJL ke-24

0 komeng
Baru2 ni aku amik part time jd promoter.
Jual 1 barang yg diberi name Jua Via.
Agak letih r jd promoter ni sbb kene tarik org utk beli.
Nak2 bile barang yg kite nak jual tu org xtau lagi.
Kene la terang satu per satu. Tp xpela sbb dpt gaji yg agak lumayan.

www.pemanisbaru.com

Malam ni seperti yg xsemua org tahu akan berlgsung AJL kali ke-24
Ade 3 lagu yg aku suke akan bertanding:
Faizal Tahir - Bencinta
Aizat - Pergi

Hujan - Aku Skandel

hawkDesign!


Tapi aku harap pezal tahir dpt menang la mlm ni. Suke lagu dia.
Sedap utk dinyanyikan ketika termenung. haha
K. Itu saja utk entri aku kali ini. Adios~~

Tuesday, January 5, 2010

Im BACK

0 komeng
Lepas lame xupdate blog ini, terasa plak nk update. Tp aku da ubah name blog jd sikamenrider.blogspot.com. Name pena baru aku Kamen Rider plak. Xmen da TokeiKedaI. Layout pon xbape menarik. Malas nk cari cantik2. Jumpe yang ni sambar ajela.

Baru ni ulangtahun perkenalan
aku ngan miera iaitu pada 3 Januari 2010. Dah 3 tahun kami bersama. Arap kekal sampai kawin nanti la yek. Ni mayb semester last aku kat UMT, kalu xkene extend la. Tugas paling sukar sekali sem ni adalah kene buat PITA. Belum buat pape lagi ni. Dengan Si Dia pon aku lum jumpe lagi. Xtaulah macam mane nanti. Arap2 dapat siapkan dengan jayanya.

Abis sem 6 ni, aku kene
praktikal. Baru mintak 1 tempat kat losong. Tapi xtau lagi jawapan dia. Ingat nak mintak kat KL @ Perak. Buat dengan membe2 kat sane. Tp apekan daya, tempat tinggal payah plak nk cari. Arap2 dapatlah buat praktikal kat tempat yang besh. Kalau dapat alaun lagi besh. haha. K la, tu aje untuk entri kali ini.
Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors