Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Berita Hangat~

0 komeng
Samat tengahari kawang2 ku~
Arini nk berberita sikit.
Jersey terbaru Chelsea telah mula dijual pada hari ni.
So bg yg kaye tu boleh la sambar yang original punye.
Bagi yg xde pitis(duit) tggu la yang pirate kluar ye.
Jersey terbaru ni agak simple berbanding jersey lame.
Aku lebih suka jersey lame sbb nampak moden.
Jersey baru ni kalu badan mcm Drogba smart r pakai. =.=

Menentang Wigan dengan jersey terbaru.

Pastu aku terbace berita di Berita Harian Online
yang Abramovich mmg berminat dengan 2 org player Liverpool ni.
Steven Gerrard & Fernando Torres
Chelsea bakal mempertaruhkan sbyk £70 juta (RM385 juta) utk membeli
penyerang Sepanyol ni. Ia akan menjadikan Torres pemain termahal di Britain jika pembelian tersubut sukses~. Aku mmg dah lame berkenan dgn Torres.
Tp season ni dia asyik injured jek. Mujurlah Piala Dunia 2010 nanti dia dapat main.
Aku yakin Sepanyol dapat pegi final. yeah!

Gerrard dan Torres bukanlah pasangan gay.


Pastu nk selitkan plak lagu untuk minggu ini.
Lagu ni best. Aku suke layan. Donlod ye. :D

Drive - Akulah Dia

Lirik :
Tak pernah berhenti mencari cinta
Slalu saja ada yang tak kamu suka
Terlalu jauh engkau melihat
coba rasakan Yang ada di sekitarmu

reff:
Sesungguhnya dia ada didekatmu
Tapi kau tak pernah menyadari itu
Dia slalu menunggumu
untuk nyatakan cinta

Sesungguhnya dia adalah diriku
Lebih dari sekedar teman dekatmu
Berhentilah mencari
karena kau tlah menemukannya

Dia mungkin bukan manusia sempurna
Tapi dia selalu ada untukmu


Download Here

Thursday, March 11, 2010

Biawak Jongang

2 komeng

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.


PEMAKAIAN pendakap gigi tidak menjejaskan rutin harian pesakit.


Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik.

Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian.

Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.


Sumber : Kosmo!

Friday, June 26, 2009

Mikael Jackson meninggal dunia

0 komeng

LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

Utusan


p/s: dia mati dlm Islam kan? So sedekahkan al-Fatihah utk beliau.

Friday, June 12, 2009

CR7 into Real Madrid

0 komeng
Mamat RM464 juta


Dgn ade nye CR7,
adekah reputasi Real Madrid
akan meningkat??

Tggu n lihat aje musim dpn ye.
GoGo Madrid!

Saturday, May 9, 2009

Fikir dulu sebelum jual henset

1 komeng
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Sebarang rakaman klip video atau gambar yang disimpan dalam memori telefon bimbit jangan disangka terpadam sepenuhnya setelah pengguna berkenaan menekan butang 'padam.'

Orang ramai mungkin tidak sedar bahawa hampir 95 peratus data memori dalam telefon bimbit yang sudah dipadam itu boleh diperoleh semula menggunakan perisian tertentu.

Ia bukan saja boleh dilakukan oleh mereka yang profesional, malah sesiapa saja mampu melakukannya dengan memuat turun perisian menerusi laman web Internet.

Perkembangan itu bermakna data-data peribadi pemilik telefon bimbit adalah terdedah dan privasi mereka berisiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Te lekomunikasi Selangor dan Wilayah Persekutuan, Ivan Er berkata, perbuatan seumpama itu akan mengundang masalah sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan perisian terbabit dengan niat untuk menceroboh ruang peribadi seseorang itu.

Katanya, masalah lebih serius sekiranya ia melibatkan data-data seperti rakaman klip video atau gambar berunsur seks membabitkan pemilik telefon bimbit itu.

"Masalah itu boleh berlaku apabila telefon bimbit bertukar hak milik, misalnya ketika seseorang pemilik itu menjualnya kepada pihak lain. Ia juga boleh berlaku ketika telefon bimbit dihantar ke kedai untuk dibaiki atau ia dipinjamkan kepada kenalan.

"Apa yang berlaku kemudian ialah pihak yang berniat jahat akan mengambil kesempatan melakukan ugutan terhadap mangsa atau lebih teruk ia didedahkan kepada umum," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong dan pengerusi persatuan, Liew Kim Moon.

Ivan menambah, data tersimpan dalam cakera keras komputer yang sudah terpadam juga tidak terkecuali daripada risiko itu kerana pihak yang tidak bertanggungjawab tetap boleh menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan semula data terbabit.

"Kita mengambil contoh seperti yang berlaku ke atas artis Hong Kong terkenal, Edison Chen yang pada tahun lalu menggemparkan seluruh dunia dengan penyebaran gambar dan klip video seks membabitkan dirinya dengan beberapa artis wanita terkenal yang lain. Ia berlaku selepas beliau hantar komputernya untuk dibaiki," jelasnya.

Sehubungan itu, Michael menasihati orang ramai supaya mengelak merakam perkara tidak bermoral tidak kira menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima sekurang-kurangnya 13 kes melibatkan aduan mangsa diugut bekas pasangan yang mendakwa memiliki rakaman video hubungan seks ketika hubungan terdahulu.

www.utusan.com.my

Monday, April 13, 2009

Nabil Bintang Paling Popular

0 komeng
BINTANG Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama trofi yang dimenanginya pada majlis kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.


Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan 'Sentuhan Tenun' yang berlangsung selama lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.

Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.

Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha.

Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
sumber : Berita Harian

Friday, April 10, 2009

Lelaki gigit zakar kawan

5 komeng
LESNA, Poland - Disebabkan geram, seorang lelaki menggigit hingga putus dan menelan zakar rakan karibnya selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pergaduhan di sini, selatan Poland, mangsa Marian Milczarek yang berumur 53 tahun dipercayai bertengkar dengan rakannya, Wojciech Sowinski mengenai sebuah treler.

MILCZAREK dirawat di sebuah hospital di Poland.


Dia kemudian mula memukul saya dengan seutas rantai dan menarik seluar saya ke bawah sebelum mula menggigit kemaluan saya. Ia amat menyakitkan," kata Milczarek.

Polis dan petugas perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian gagal menemui zakar mangsa.

Mereka percaya organ tersebut telah dimakan oleh penyerang itu yang kini menghadapi hukuman penjara 10 tahun.

"Jika kami dapat menemui zakar itu kami mungkin dapat menyambungnya semula," kata doktor, Adam Domanasiewicz. - Agensi

www.kosmo.com.my

p/s: jgn la buat camtu kat membe korang yek.


Saturday, March 28, 2009

Perokok Lebih Hina Daripada Lembu

0 komeng

KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — BERNAMA


Gempar Bumi Di Jerantut

0 komeng
JERANTUT 27 Mac - Penduduk di beberapa kawasan di Jerantut gempar apabila dikejutkan oleh gegaran yang berpunca daripada kejadian gempa bumi pagi ini.

Rata-rata mereka yang ditemui tidak menyangka gegaran yang berlaku pukul 9.46 pagi itu berpunca daripada gempa bumi di kawasan tersebut.

Gempa bumi yang dilaporkan berlaku itu membabitkan beberapa kawasan di Jerantut, antaranya Sungai Terkam Getah, Terkam Utara dan Kota Gelanggi.

Seorang kerani di Pejabat Pos Mini Terkam Utara, Ili Khairunnisa Mohd. Rashid, 22, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan di pejabat pos berkenaan.

"Tiba-tiba saya terasa gegaran ketika menguruskan pembayaran bil seorang pelanggan. Gegaran kecil itu menyebabkan saya rasa pening," katanya.

Berikutan gegaran tersebut, katanya, berlaku sedikit kekecohan di kalangan pelanggan di dalam pejabat pos berkenaan.

"Saya pada mulanya menyangka gegaran itu disebabkan dentuman barang yang terjatuh dari dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersebelahan dengan Pejabat Pos Mini berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi yang berlaku itu berukuran 3.0 Richter dan berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur iaitu terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah itu dirasai di sekitar daerah Jerantut.


Monday, March 16, 2009

Lee Chong Wei Juara Terbuka Swiss

2 komeng
DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

Utusan

Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors