Saturday, May 29, 2010

TAG dr Aten

8 komeng
Soalan 1 : Adakah anda rasa anda hot?
Ye. Tgh hot gile neh. Suhu 40 darjah celcius.

Soalan 2: Upload wallpaper yang anda guna sekarang.


Soalan 3 : Cerita pasal wallpaper tersebut.
Buat sendiri pakai photoshop dgn bantuan tutorial kat tenet.
Aku lebih suke buat wallpaper sendiri berbanding amik gmbo2 kat tenet.
Sbb bile dapat hasilkan sesuatu yang cantik, hati jadi puas. :)

Soalan 4 : Bila kali terakhir anda makan pizza?
Mase dating dengan myGurl kat KB Mall.
Pastu tringin sgt nk makan Chicken Chop ngan dia. Dah lame xmakan. Y_Y

Soalan 5 : Lagu paling latest anda dengar.
Geisha - Takkan Pernah Ada

Soalan 6 : Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Dengar lagu kat atas tu.

Soalan 7 : Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Kamen. Kameng. En Kamen. En Kames.

Soalan 8 : Tag lagi lapan orang.
Byk gile 8 orang. =.=
1. MyGurl
2. Cetung
3. Tukang Karut
4. Boss Naqib
5. En Falcon
6. Tina & De Geng
7. Hafriz
8. Bell

Soalan 9 : siapakah orang no. 1 kepada anda?
MyGurl

Soalan 10 : Katakan sesuatu kepada orang no.5
Mat Dagang rindu ko.

Soalan 11 : No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Banyak sgt skandal dia. Nk taip xmuat blog. Biar dlm poket aku jek. haha

Soalan 12 : Bagaimana pula dengan no.4?
Tu Boss segala donlod. Mintak je cite ape ngan dia. Sume ade.

Soalan 13 : Pesanan kepada orang no.6
Nak kek lapis. :)

Soalan 14 : Kata-kata cinta untuk orang no. 2.
Hargailah dia selagi dia masih disampingmu.

Soalan 15 : Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
erm... dua2 bukan GAY.

Soalan 16 : 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
Name dia Aten.
Dia org Terengganu tp xtau yg P. Redang dekat Perak.
Dia junior aku.
Kawan baik kepada adik.

Soalan 20 : Gay or less?
Gay

Selesai TAG

Tuesday, May 25, 2010

Masih ingat Ronaldo?

0 komeng
Bukan dia ni... =.=






















Yang ni lah.. The Real Ronaldo.


Ape dah jadi kat dia skrang?
Dah jadi artis ke?
Ke apply borang utk ganti Dunga?
Xdelah. Dia still lagi bermain bola sepak.
Umur dia skrang 33 tahun & bermain utk Kelab Corinthians (Brazil).



Dunga cakap pasal Ronaldo
"Kalau dia (Ronaldo) masih dapat bermain bola & dapat jaringkan gol,
kemungkinan dia akan dimasukkan kembali ke skuad Brazil utk World Cup 2010"

Selepas baik dr kecederaan lutut utk kali ke-3,
Ronaldo kembali ke padang utk bermain bola sepak.
Memang agak sukar sbb berat badan dia dah meningkat,
tetapi bisa pada kaki dia tetap pada tahap yang sama.
Sepanjang kariernya di Corinthians,
dia berjaya menjaringkan 13 gol dlm 21 aksi perlawanan.
Mungkin ia tidak terlalu banyak, tp sudah cukup hebat bg pemain
yang baru sahaja baik dr kecederaan yang panjang.


Ronaldo akan bermain utk World Cup 2010?
Tunggu jela yek.~

Monday, May 24, 2010

Razzi Rahman - Kerana

2 komeng

Lirik :
Kehadiran mu
Bagaikan pelangi pagi
Yang mewarnai hati ini

Kelembutan mu
Mencorakkan hidup ini
Kerana kasih mu abadi

(bridge)
Hebatnya cinta
Hingga akhirnya
Sampai ke tua
Kita berdua...

(korus)
Kerana ku tak mahu
Terus hidup tanpa mu
Kerana ku tak mampu
Bernafas tanpa mu

Kerana ku tak mahu
Rindukan pelukan mu
Kerana tak mampu ku
Berjauh dengan mu

Video :


Download :
Razzi Rahman - Kerana

Official Website :
RazziRahmanMuzik

Sunday, May 23, 2010

Sape cakap?

7 komeng
Sape cakap perempuan xseksi kalu ade bulu ketiak?
Sile tingok
.
.
.
.
.
.
.

Santek x? haha

yg ni taruk syampu tiap2 hari.

masuk majalah lg.


Artis2 pon menyokong supaya perempuan menyimpan bulu ketiak.
Xcaye?
.
.
.

Drew Barrymore

Julia Roberts

Tyra Banks (ni sikit je. dia malu)



Dah busuk da blog aku ni.
Pastu layan la vid comel gadis jepun.
Xtahan aku tgk. cute gile. wakaka~




So apa kata wanita??
drop komeng pls. :P

Wednesday, May 19, 2010

Oh! BBM

5 komeng

Oh! BBM
Kenapa kamu?
Kenapa kamu berpaling tadah denganku?
Aku sungguh berharap terharap dirimu.
Tetapi kenapa kau sanggup berbuat begini kepadaku?
Sungguh aku keciwa
Sungguh keciwa....

Penat lelah ku pergi ke kelas
Semata-mata untuk menatapmu
Penat lelah ku menjawab ujian
Semata-mata untuk membuktikan aku arif tentangmu
Tapi ini yang kau balas..
Ini yang kau beri....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sajak xbetol hasil nukilan prof madya kamen rider

Saturday, May 15, 2010

MyFren2U

0 komeng
MyFriends2u.com


Satu lagi website sembang sosial yg terbaru.
Fungsi dia same je mcm facebook, twitter, frenster, myspace.
Tp yang ni syarikat mesia yg buat. Ade sape2 yg da register?
Aku pon tgh terfikir2 nk try ke x. huhu.

Nanti dlu la... pas aku register, aku update post ni. :)

___________________________________________________________________

Dah register. Lebih kurang facebook je. =.=
Watla kelainan sikit.. hampekan aku betol.

ni dia nye homepage

Lepas je register & masuk homepage, terkejut aku dah ade wallpost sume.
Rupenye aku dah ade 3 fren yg telah diadd secara auto.
Mayb 3 org ni antara developer kut.
Silau2 la tgk dia nye interface sume.
Mmg xbyk beza ngan facebok. Color pon biru. =.=
Otak blue sungguh. Nasib aku Chelsea. hehe~


ni aku nye profile kat myfren2u

Dia nye profile pon same jugak. Xdela beza sgt pon.
Tp kalu korang nk men mende alah ni nnti add la aku.
arief_159@yahoo.com

adios~

Thursday, May 13, 2010

Menghitung Hari 2

1 komeng

Anda - Menghitung Hari 2



Lagu ni adik aku yg bagi. Sedap didgr =)
Musik dia same dgn lagu asal Kris Dayanti - Menghitung Hari.
Cume dia ubah lirik supaya bersesuaian dgn lelaki.
Sape Anda ni? Dia ni orang indon.
Dulu ade satu lagu dia yang hit.
Anda - Tentang Seseorang (OST Ada Apa Dengan Cinta)

Tu lagu dia la. Lagu tu mmg besh gile. Sampai sekarang aku hapal.
Mesti ade yg tertanye2, nape aku minat lagu indon.
Bagi aku musik indon lebih baik dr musik mesia.
Atas tlinge yg mendgr la kan. Masing2 ade minat sendiri.

Lirik:
Menghitung hari detik demi detik
Menunggu itu kan menjemukan
Tapi ku sabar menanti jawabmu
Jawab cintamu

Jangan kau beri harapan padaku
Seperti ingin tapi tak ingin
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan pura-pura

Reff:
Jangan pergi dari cintaku
Biar saja tetap denganku
Biar semua tahu adanya
Dirimu memang punyaku

Jangan kau beri harapan padaku
Seperti ingin tapi tak ingin
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan pura-pura

Repeat reff

Belum pernah aku jatuh cinta
Sekeras ini seperti padamu
Jangan sebut aku lelaki
Bila tak bisa dapatkan engkau
Jangan sebut aku lelaki

Download Here :
Anda - Menghitung Hari 2
Anda - Tentang Seseorang


p/s : 1 hari duk looping lagu ni. hehe~

Monday, May 10, 2010

We are the Champions!

0 komeng
we r de champions!!

malouda gembira @ terkejut? =.=?

Our King Carlo. More than special!

yekk!!

Sonok nye seko2 pegang piale.

Dah rujuk balik da.. haha

Bapak yg penyayang

Point fantasy football aku. muahaha~

Suke aku mase ni, drogba merajuk lampard xbg amik penalti. haha



Chelsea 8-0 Wigan


Sume gambar dikebas dr site ni.

Sekian +)

Friday, May 7, 2010

Peminta Sedekah

6 komeng
Assalamualaikum semua~
Sedap je cuti ari jumaat ni. hehe.
Kepada membe2 yg praktikal arini, buat la keje elok2 ye. :)
Arini aku nk bercerita sikit :D
Tengahari td, ketika tengah sedap bermain game Galacticos Football kat FB,
datanglah 2 org mak cik bersama seorang kanak2 perempuan ke rumah.
Aku ni malas nk layan sbb tgh xpakai baju. Malu :P
Tunggu jela mak yang ade kat sebelah ni pegi melayan.
Tibe2 mak pegi amik duit RM10 dan suruh aku bg dekat mak cik kat lua tu.
Rupenye dorang dah slalu dtg sbelum ni. Sbb tu mak dah tau.
So pakai bju n kluar rumah tuk jumpe ngan dorang (face to face).

Makcik 1 : "Ni mari nk jumpe mak, pastu nak mintak sedekah"
Aku : "Oo.. mak sakit, amik la ni duitnye." RM10 dihulur.
Makcik 2: "Time kasih, tapi makcik datang 2 orang ni. Dia pun nk jugak."
Aku : "Oo.. kejap ye."

Masuk dalam rumah balik, jumpe mak.
Cakap la makcik tu datang ngan membe dia mintak jugak sedekah.
Mak ckp tutup je pintu tu. Tak sampai hati plak nk buat mcm tu.
Amik jela duit RM2 then kluar bg dekat makcik no 2.

Aku : "Ni je yg ade makcik. Datang lain kali jela ye."
Makcik 2 : "Oo.. makcik nk mintak kangkung sikit nk masak. Boleh?"
Aku : "Amik la kat luar tu."
Selepas makcik tu amik dan aku bg plastik utk letak kangkung,
Makcik 2 : "Em.. xckup ni dik RM2, boleh bg RM10 x? Nk beli beras."

Yang Allah makcik ni. Time ni baru la aku tau nape mak aku xlayan makcik2 ni.
Rupenye perangai dorang ni teruk sgt. Ape yang org da bg masih xbersyukur.
Mintak lagi selagi boleh. Time ni mmg da berat hati sgt. Rase bersalah pon ade nk bg dia duit lg.

Aku : "Tu je yg ade makcik. Maaf ye, dtg je lain kali." dengan nada bersabor. =.=
Makcik 1 : "OK, xpelah mcm tu. Nanti makcik dtg lain kali ye. Kirim salam kat mak."
Aku : "Ok."
Makcik 1 : "Eh2.. bile plak makcik boleh datang ni?"
Aku :"Erk... bile2 jela. OK?"

Nak aje cakap, xyah dtg lg la pasni. =.=
Tgk kpd tubuh badan makcik tu masih ok.
Panas2 camni still bleh berjalan ke rumah2 utk mintak sedekah.
Cume kaki dia berbalut n tangan dia mcm cacat sikit.
Makcik sorang lagi xprasan sgt, tp tgk ok je.
Anak perempuan dia yg sorang lagi pon ok je.
Masih boleh berpakaian molek je, xde nampak mcm org fakir sgt.

Dorang xdelah berkeadaan mcm pakcik ni.

Jadi aku pon search la sikit pasal hukum memberi sedekah ni.
Asalnye hukum bersedekah ni sunat.
Tetapi mengikut keadaan jugak.

Wajib bersedekah:
Apabila orang yg meminta tu dalam keadaan darurat. Kebulur la contohnya.
Xde apa nk makan. So wajib kite bersedekah dekat dia.

Haram bersedekah:
1. Jika kita tau wang yg kite sedekah tu digunakan utk tujuan maksiat.
Haram kite bg sedekah dekat org tersubut.
2. Jika orang yg meminta tersubut bukan tergolong dr org yang miskin.
Iaitu golongan yang meminta-minta. Untuk golongan ni, haram jugak
bg kita utk memberikan sedekah.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut, layari web ni.
Aku cume ringkaskan ape yg dibace dlm web tu je.

Kalu korang perasan. Aku udah tukar favicon utk blog aku ni.
Baru je belajar td n buat sendiri. Mudah je.
Kalu nk tahu, tanye la ye. Xpon search je kat google tu. hehe.

nampak x? nampak x? nampak x?


Ok itu saja utk hari jumaat ni.
Salam~

Thursday, May 6, 2010

Berita Hangat~

0 komeng
Samat tengahari kawang2 ku~
Arini nk berberita sikit.
Jersey terbaru Chelsea telah mula dijual pada hari ni.
So bg yg kaye tu boleh la sambar yang original punye.
Bagi yg xde pitis(duit) tggu la yang pirate kluar ye.
Jersey terbaru ni agak simple berbanding jersey lame.
Aku lebih suka jersey lame sbb nampak moden.
Jersey baru ni kalu badan mcm Drogba smart r pakai. =.=

Menentang Wigan dengan jersey terbaru.

Pastu aku terbace berita di Berita Harian Online
yang Abramovich mmg berminat dengan 2 org player Liverpool ni.
Steven Gerrard & Fernando Torres
Chelsea bakal mempertaruhkan sbyk £70 juta (RM385 juta) utk membeli
penyerang Sepanyol ni. Ia akan menjadikan Torres pemain termahal di Britain jika pembelian tersubut sukses~. Aku mmg dah lame berkenan dgn Torres.
Tp season ni dia asyik injured jek. Mujurlah Piala Dunia 2010 nanti dia dapat main.
Aku yakin Sepanyol dapat pegi final. yeah!

Gerrard dan Torres bukanlah pasangan gay.


Pastu nk selitkan plak lagu untuk minggu ini.
Lagu ni best. Aku suke layan. Donlod ye. :D

Drive - Akulah Dia

Lirik :
Tak pernah berhenti mencari cinta
Slalu saja ada yang tak kamu suka
Terlalu jauh engkau melihat
coba rasakan Yang ada di sekitarmu

reff:
Sesungguhnya dia ada didekatmu
Tapi kau tak pernah menyadari itu
Dia slalu menunggumu
untuk nyatakan cinta

Sesungguhnya dia adalah diriku
Lebih dari sekedar teman dekatmu
Berhentilah mencari
karena kau tlah menemukannya

Dia mungkin bukan manusia sempurna
Tapi dia selalu ada untukmu


Download Here

Wednesday, May 5, 2010

Pemburuan Piala Liga

2 komeng

Barclays Primier League:
Chelsea [83 mata]
Man Utd [82 mata]
(Berbaki 1 perlawanan)

Next Game :
Chelsea vs Wigan
Man Utd v Stoke City


Aku dengan banggenye berharap Chelsea menang 3-0.
Kalu kalah @ seri xtau la nk cakap ape.
Main dekat stadium keramat Stamford Bridge.


Pastu pemburuan tempat ke-4 liga
di antara Man City & Tottenham.

Man City v Tottenham
6 Mei 2010
2.00 pagi
Stadium City of Manchester

Arsenal jgn bimbang.
Korang akan stay duk no 3. hehe

Untuk liga2 eropah yang lain...

Primera Division:

Barcelona [93 mata]
Real Madrid [89 mata]
(Berbaki 2 perlawanan utk Barca dan 3 perlawanan utk Real)

Serie A:
Inter Milan [76 mata]
AS Roma [74 mata
]
(Berbaki 2 perlawanan)
Bundesliga:
Juara Liga : Bayern Munich [67 mata]
Naib Juara : Schalke 04 [64 mata]
(Masih berbaki 1 lagi perlawanan)

Ligue1 :
Olympique de Marseille [72 mata]
AJ Auxerre [67 mata]
(Masih berbaki 3 lagi perlawanan)

Eredivisie:
Juara Liga : Twente Enschede [86 mata]
Naib Juara : Ajax Amsterdam [85 mata]


Pastu nak ajak korang main game ni :
Henry Pro
Rekod aku 90-1!!
Payah gak nk men. GudLuck.

Tuesday, May 4, 2010

Twitter

2 komeng
Assalamualaikum sume~
Arini pak cik Kameng nk ajar register twitter yek.
Sebenarnye dah lame nk buat akaun twitter ni.
Tp arini baru terase nk buat.
So mule2 mesti la pegi site twitter kan.
Twitter.com


So bile dah masuk tu mesti r nk cari butang utk sign-up kan.
Tp.... dekat 5 minit aku mencari.
Mane sign-up ? mane2? mane???~~
Rupenye kene tekan Let me in =.=

Ok sini nk puji sikit, simple gile borang register dia.
Ini yang aku suke. Time register fb dlu punye la byk kene isi.
Dekat sejam pon ade mase register fb.


Dah xde name lain da. Aku pakai Kamen Rider je.
Malas nk taruk name sebenar sbb bg aku xpenting sgt.
Tp yg aku takut utk isi ialah password dia.
Xde verify password ke?
Kalu tersalah taip password mampus nk login cane nnti.
So berhati2 lah ketika masukkan password anda.
Password aku 'weak', cubelah hack. =.=

Next step dia bawak ke 'Suggestions'.
Mule2 aku pilih art & design, tp mcm xtau pape jek.
Pilih music. Skrol ke bawah n jumpe Jason Mraz.
So aku folow dia jela. Pastu nk try cari artis lain.
Time ni setiap sudut aku mencari ruang search.
Mmg xde, so korang xyah cari.
Kene tekan butang more utk view lebih ramai artis.
So amatlah xsuke.



Next step 'Friends'. Interface dia kat bawah ni.
Tingok la.


Mampus aku xpercaye. Xnk bg password. Next step!
'Anyone' plak.


Mule2 aku try masukkan email. Tp mmg xdapat nk carik.
Satu kelemahan di situ sbb leh cari dengan taip name jek.
So taip la tukang karut. Aku dah agak mamat ni akan gune name tersebut.
Dia org 1st yg aku folow. Lanje aku pasni topek.
Dah siap sume dia masukkan aku ke bahagian home.
Simple gile. Aku pon upload gmbar n tgk2 sikit utk profile.


Kat bawah ni profile aku. Pasni aku wat background aku sendiri jela.
Background twitter ni sume simple2 je. So yang dah ade twitter tu,
folow la aku ye. Nanti aku folow korang balik.


Dah ade twitter, jadi terus idopkan icon twitter aku kat blog.
Korang dah leh tekan2 burung tu kalu nk. Aku xmarah.


Itu saja post pasal twitter.
Ingat tu folow aku~ plss
plss.. aku merayu.. :D
adios~



Sunday, May 2, 2010

Liverpool 0-2 Chelsea

4 komeng
May 02, 2010 - United Kingdom - Football - Liverpool v Chelsea Barclays Premier League - Anfield - 2/5/10..A Chelsea fan holds up a sign.
Kalu gay sile pilih Neville.

May 02, 2010 - United Kingdom - Football - Liverpool v Chelsea Barclays Premier League - Anfield - 2/5/10..Liverpool's Steven Gerrard looks dejected after Chelsea scored their first goal.
Gerrard membuat pilihan yang tepat.

Liverpool/Chelsea Premiership 02.05.10 Photo: Tim Parker Fotosports International Didier Drogba Chelsea scores 1st goal Photo via Newscom
"Ba! jap2. Jgn shot ag!" jerit dik Na kpd Abg Ba.

May 02, 2010 - United Kingdom - Football - Liverpool v Chelsea Barclays Premier League - Anfield - 2/5/10..Frank Lampard scores Chelsea's second goal.
"Aku nk score! jgn amek!!" tegas Benayoun.

OK selesai sesi bergambar. Nak bercerita plak.
Tepat kul 8.15 aku sampai di kedai Siang Malam.
Lewat 15 minit sbb malas nk g kul 8.
Bile sampai amik meja kosong dan duduk dgn aman.
Membe yg aku ajak datang, dia pegi bandar.
Kate dia (fan Liverpool) kat sane best sikit tgk.
Aku xkisah, malas nk g bandar sbb jauh sgt.

8.30 game bermula.
Dekat tepi aku ade sorg Pak Cik CkpBykTpXtauPape.
Mulut dia ya Allah~ bising gile.
Harap dia dah tua je, aku biarkan dia dgn hujah2 Liverpool dia.

Minit ke-8
Anelka melepaskan satu tendangan tepat ke gol
tetapi ditangkap kemas oleh dik Na.

Minit ke-10
Tendangan cantik & padu dilepaskan oleh Aquilani.
Hanya 1 inci je lepas dari palang.
Chelsea bernasib baik sbb Cech sudah tertewas.
Time ni Pak Cik CkpBykTpXtauPape menambahkan lagi hujah2 nye.
Sungguh pedas ayat2 beliau. Nak aje aku sumbat tempeyek dlm mulut dia.

Minit ke-32
Gol!! Didier Drogba menyambut baik bola yg dihantar oleh Gerrard,
lalu menjaringkan gol selepas dik Na tertewas.
You de Man Gerrard! You de Man Gerrard!
Chelsea mendahului 0-1. Aku jerit puas2 time gol.
Pak Cik CkpBykTpXtauPape ni senyap menyepi.
Lepas tgk ulang tayang dia pon bising balik
"Hor.. Gerak kene bayor! Main ape gitu kene bayor."
Aku hanya mampu tersenyum sinis.

Minit ke-41
Babel masuk menggantikan Maxi.
Maxi yang baru baik dr injured,
ternyata tidak pulih 100%.

Abis sparuh masa pertama.
Suasana di Siang Malam mula hangat.
Pak Cik CkpBykTpXtauPape masih semangat menyampaikan ceramahnya
sambil ditentang oleh membenya yang nyata sudah bengkak dgn ayat2 beliau.

2nd Half
Liverpool mula menyerang bagi mencari gol penyamaan.
Selepas beberapa minit, Chelsea kembali menguasai bola.
Serangan dimulakan, ternyata bg Chelsea 1 gol tidak cukup.

Minit ke-53
Goooolll!!! Frank Lampard menyempurnakan hantaran cantik oleh Anelka.
What a goal~ bak kate pengulas orang puteh dlm tb.
Pak Cik CkpBykTpXtauPape hanya mampu melihat.
Kali ni tidak ade pemain Liverpool yang asist, jadi xde org dia nk marah.

Minit ke-55
Pertukaran ke-2 Liverpool. Ayala menggantikan Carragher yang injured.

Minit ke-59
Terry membuat kesilapan. Dadaanye tersangkut di bahu Babel.
Mujur Alex pantas masuk dan menendang bola keluar sebelum Babel
sempat menendang bola ke arah pintu gol.

Minit ke-76
Pertukaran ke-3 Liverpool. Ngog menggantikan Aquilani.
Ternyata bahagian serangan Liverpool tidak menjadi.
Bagi aku Kuyt tidak layak menjadi seorang penyerang.

Minit ke-79
Drogba dijatuhkan oleh Lucas.
Freekick diambil oleh Ballack. Tepat ke arah pintu gol dan ditepis baik oleh dik Na.
Mase ni aku dah pelik. Nape Pak Cik CkpBykTpXtauPape dah senyap.
Td bukan men bising lagi. Aku mengharapkan satu lagi gol sbb nk jerit kuat2 kat dia.
Baru puas ati aku. hehe

Minit ke-89
Chelsea membuat pertukaran pertama dengan memasukkan pemain kesukaan aku.
Yury Zhirkov menggantikan Salomon Kalou. Kalou bermain ckup baik mlm ni.
Liverpool mula melakukan serangan. Ternyata bahagian pertahanan Chelsea
cukup kental mlm ni. Sume serangan dapat ditangkis dgn mudah.

Minit ke-90
Dirt Kuyt melakukan Shot on goal pertama utk Liverpool.
Petr Cech menangkap dengan baik sekali.
Pertukaran ke-2 Chelsea. Joe Cole menggantikan Anelka.
3 minit masa tambahan diberikan.

Minit ke-93
Priitt~ Priittt!!!
Tamat perlawanan.
Liverpool 0-2 Chelsea

Match Stats:

Shot (on Goal)
Liverpool 11(1)
Chelsea 16(10)

Fouls
Liverpool 9
Chelsea 7

Corner Kicks
Liverpool 9
Chelsea 5

Offsides
Liverpool 2
Chelsea 4

Time of Possession
Liverpool 56%
Chelsea 45%

Yellow Cards
Liverpool 1
Chelsea 2

Saves
Liverpool 8
Chelsea 1

Liverpool (4-5-1):
Reina, Carragher (Ayala), Agger, Kyrgiakos, Mascherano, Lucas, Gerrard, Aquilani (Ngog), Maxi (Babel), Benayoun, Kuyt.

Chelsea (4-3-3):
Cech, Terry, Alex, Ivanovic, Ashley Cole, Ballack, Malouda, Lampard, Kalou (Zhirkov), Anelka (Joe Cole), Drogba.

Next Game :
Chelsea v Wigan

Prebiu Liverpool vs Chelsea

0 komeng

Liverpool vs Chelsea
Anfield
2 Mei 2010

8.30 Malam


Aku xsabar nk tgk game mlm ni.
Kul 8 mayb dah terpacak kat kedai Siang Malam.
Sape2 yang nk tgk ngan aku, meh2 folow.
Kalu yang anti-Chelsea tu siap ley bahan aku direct terus. haha

Perlawanan sebelum ni :
Chelsea 7-0 Stoke City
Liverpool 2-1 Atletico Madrid
(Agregat 2-2)
Atletico layak sbb gol tempat lawan.

Pertemuan sebelum ni :
Chelsea 2-0 Liverpool

Kalu nak ikutkan Chelsea ade kelebihan utk menang mlm ni
berbanding Liverpool yang nyata sekali kurang berbisa tanpa Torres.
Pemain tengah Chelsea cukup menjadi musim ni sbb banyak hasilkan gol.
Antara penyumbang gol terbanyak setakat ini :
Frank Lampard 20 gol
Florent Malouda 12 gol

Tetapi aku lebih mengharapkan gol drpd Drogba sbb
setakat ni penjaring terbanyak Liga Inggeris :
Wayne Rooney 26 gol
Didier Drogba 25 gol
Darren Bent 24 gol


Line-Up Chelsea malam ni :
Cantik je aku buat. haha!

Ni anggaran aku jela. Men 4-4-2. Sbb men away so xleh attacking sgt.
Pemain injured : Essien, Bosingwa dan Carvalho.


Line-Up Liverpool plak :

Liverpool (4-2-3-1):
Reina(GK)
Johnson Agger Carragher Mascherano
Gerrard Lucas Aquilani Benayoun Kuyt
Babel

Line-up ni aku kebas kat sini.
Pemain injured : Insua, Kelly, Aurelio dan Skrtel.

Prediction :
Liverpool 1-2 Chelsea
Drobga 1 gol
Lampard 1 gol
Gerrard 1 gol

Saturday, May 1, 2010

Sama Tapi Tak Serupa

0 komeng
Korang mesti xsabar nk tggu saat ni kan?












Tapi cube lihat gambar kat bawah ni.
Apekah persamaan yang ada?

"Hahaha. Aku dah grad!" kata org di tgh.


Pastu nak ajak korang bace forum ni.
Bace sampai abis ke bawah ye. :)
Tq kpd abdul zack sbb bg link ni utk dibace.
Kalu x, aku pon xtau.

Sila Klik Di Sini
Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors