Tuesday, March 30, 2010

hari berGANTI hari

0 komeng

Hari ni da 30hb Mac 2010.
Esok 31hb, 1st paper aku utk final exam.
Nak study, tp tesis masih belom setel.
Teknikal repot juga masih belom setel.
Poster juga masih belom setel.
Inilah nasib badan namanye.
Bilela aku dapat rehat sepuas2nye?
Futsal pon da lame xmain neh.
Kaki dah rase mcm nk trajang org je.
Tp sabo jela. Sbb sabo itu separuh drpd iman.

12hb April 2010 ni spatutnye start praktikal.
Tp satu tempat pon aku lom kompem lg.
Hahaha. Xtaulah mcm mane ni.
Tu la suke sgt tangguh2. Jadi r macam ni.
Dalam satu mase nk setel :
1. Latihan Industri
2. Tesis
3. Laporan Teknikal
4. Poster

Ari sabtu ni plak
Manchester United vs Chelsea FC
Game wajib tgk tu. hahaha~
Sbb penentu EPL musim ni milik siape.
Kalu nk ikut game sebelum ni
Chelsea 7-1 Aston Villa
Bolton 0-4 Manchester United
Dua2 team tgh perform gile.
Cuma Chelsea still ramai player injured.
Tu yg aku risau sgt tu ble bertandang kat Old Trafford.
Harap menang r, xdela kene kutuk di fan MU. haha

Baru ni aku wat persembahan time diner utk batch aku.
A Night To Remember
Nyanyi 2 lagu :
Dewa 19 - Hadapi Dengan Senyuman
Aizat - Pergi
1st time nyanyi atas stage dan dibantu oleh 2 gitarist :
Midin & Naim
Agar gementar tp buat2 cool je. hehe
Papepon vid tu dah diupload dlm chanel utube aku.
hehehe~ nk glamer gak :P


OK. Itu aje. Adios~

Sunday, March 28, 2010

Chelsea 7-1 Aston Villa

0 komeng

Chelsea 7-1 Aston Villa
Lampard 15', 44', 62', 90'
Malouda 57', 68'
Kalou 83'
Carew 29'

Aku xnk cerita panjang.
korang tgk je

Saturday, March 27, 2010

A Night To Remember~

4 komeng

Semalam baru je lepas. Aku pakai simple je
Kemeja, jeans n slipar. haha
Not bad la budak2 junior ni buat walaupon majlis xformal.
Tp utk program akan datang, buat yg lebih baik lg.
Xde gmbar utk ditayangkan sbb aku xbawak kamera pon.
Hensetnye kamera vga je T_T

Penyertaan kali ni mmg ramai gile. 120+ org yg pegi.
Ade ramai yang dtg lmbat sbb dorang kene pakai lawa2 n solek tebal2. huhu
Tp xpelah, asal dorang dtg n meriahkan lagi majlis ni.
Just kat sini aku nk berbyk2 terima kasih dekat :

1. AJK 'a night to remember'
2. Pelajar tahun 1 Software Engineering
3. Pelajar tahun 2 Software Engineering
4. Pelajar tahun 3 Software Engineering

Tanpa korang majlis ni xkan jd meriah camni.
Korang bersuka ria, itu yg aku nk tgk.
Moga2 kenangan ni kekal hingga ke akhir hayat
Lepas ni kalu ade next dinner jgn lupe jemput aku.

Lastly Lagu utk korang semua
Hadapi Dengan Senyuman :)


kredit utk : Bantal Muchuk

K. Itu saja. Adios~

Friday, March 26, 2010

Portsmouth 0-5 Chelsea

0 komeng
Game sebelum ni Chelsea seri dgn Blackburn 1-1.
Agak kecewa la sbb awalnye ingatkan dah boleh menang.
Tp last2 Blackburn score gak. Maka takhta liga sudah dirampas MUu.

Blackburn 1-1 Chelsea
Drogba 6'
Diouf 70'

Utk game smlm, Chelsea telah bangkit utk menduduki tempat ke-2 liga
dgn mengalahkan Portsmouth 0-5. Game yang agak mudah sbb mlm tu
gol keper Portsmouth, James main mcm tahik je. Byk mistake dia buat.
Paling aku suke Drogba n Malouda score 2 n Lampard score 1.
Rekod penjaring terbyk skrang ni masih Rooney yg pegang dgn 26 gol.
Drogba di belakang dgn 24 gol. Aku yakin Drogba leh potong Rooney kalu
menten main terbaik mcm ni.

Portsmouth 0-5 Chelsea
Drogba 32', 77'
Malouda 50', 60'
Lampard 90'

Malouda merembat kencang terus ke gawang gol

Selepas ni Aston Villa akan bertandang ke Stamford Bridge.
Harap dpt revenge balik la sbb kalah 2-1 kat Villa Park aritu.
Sekian saja utk berita Chelsea kali ini.

Wednesday, March 24, 2010

D'Masiv - Rindu Setengah Mati

0 komeng

Lirik:

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

repeat reff

aku rindu setengah mati
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu

Download Lagu:
D'Masiv - Rindu Setengah Mati

Video:

Tuesday, March 23, 2010

Hard to smile

4 komeng

Aku lulus PITA. Tp ade kawan2 aku tidak.
Sukar utk aku senyum dan gembira di saat orang lain bersedih.
Mayb ade hikmahnya dan harap korang berusaha lagi.
T_T

Monday, March 22, 2010

PITA's WAR : 2nd day

0 komeng
termenung....
Itu je yg mampu aku buat sekarang ni.
Tunggu hari esok utk tgk sama ada aku lulus @ tidak.
T_T

Sunday, March 21, 2010

PITA's WAR : 1st day

4 komeng
Salah seorang drpd pembentang yg terkandas di medan perang

Suasana ketika peperangan PITA utk hari pertama ni agak ngeri.
Banyak darah mencurah ke tanah akibat kelemahan diri.
Aku berperang pada hari kedua, tapi datang pada
hari pertama ni utk melihat bagaimana rakan seperjuangan aku berjuang.
Apa yang aku lihat, masing2 sudah ready dengan senjata mereka.
Akan tetapi senjata mereka tidak disediakan dgn
begitu rapi dan peluru pula tidak mencukupi.
Akibatnya, pihak musuh berjaya mengalahkan semua
pembentang2 yang ada. Kecuali seorang saja
yang berjaya melepasi saat paling ngeri ini dgn cemerlang,
iaitu Jimmy.
Gaye seorang gay

Tahniah kpd beliau. Utk hari kedua iaitu esok,
nothing to say... just wait and see.. gud luck!


p/s: ini utk medan perang mp1 shj. medan perang satu lagi aku xtgk.

Friday, March 19, 2010

Once - Karena Ku Cinta Kau

0 komeng

Lirik :

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Karena kau yang aku inginkan

Bila ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Bila ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s’lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sedihnya aku
Jika lebih dengar mereka
Sakit hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s’lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau s’lalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau s’lalu ingin denganku
Ku pastikan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan pun tahu ku cinta kau

Download Here :

Once - Karena Ku Cinta Kau


Tuesday, March 16, 2010

CL: Chelsea vs Inter Milan

0 komeng
Dalam ke-bz-an yang melanda diri ini,
aku kene jugak buat banner kat atas ni.
Tanda sokongan padu aku kpd team Chelsea.
Dengan kemenangan 4-1 ke atas West Ham baru2 ni,
aku yakin Chelsea dpt perform dgn baik pada perlawanan pagi nanti.
Antara nasib je yang menentukan Chelsea layak atau tidak
ke peringkat seterusnya. Seperti mana yang kite semua tahu,
Mourinho amat gemar bermain taktik bertahan.
Jadi amat sukar untuk Chelsea menembus gawang Inter Milan.
Tapi aku rasa bahagian serangan Chelsea sudah tajam
dengan prestasi Malouda yang makin meningkat dan
dibantu pula oleh Zhirkov yang sudah baik dr kecederaan.

So aku berharap Chelsea dpt berjuang sampai ke titisan darah terakhir!
Sayanglah Mourinho & bencilah Inter Milan!
Go BLUES!
KEEP BLUE FLAGS FLYING HIGH!










result.......
chelsea 0-1 inter milan
agregat : 1-3 T_T

Thursday, March 11, 2010

Biawak Jongang

2 komeng

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


NORLIAN menerangkan rawatan penstrukturan semula gigi jongang di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.


PEMAKAIAN pendakap gigi tidak menjejaskan rutin harian pesakit.


Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik.

Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian.

Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.


Sumber : Kosmo!

Wednesday, March 10, 2010

CL : Real Madrid vs Lyon

0 komeng
Real Madrid
Aku sokong club ni dr kecik lagi.
Sebab ape?
Sebab kelab ni hebat & kuat. hehe
Tp oleh kerana liga spain ni xramai sgt org bercakap dlm UMT neh,
aku pon mula menjadi kipas susah mati Chelsea.
Pagi esok akan berlangsung perlawanan hebat antara 2 kelab gergasi
Spain dan Perancis. Satu lagi perlawanan tu aku xamik kisah sgt.
Sebab xbest, bosan n buat aku tertido. hahaha.
Berbalik kpd game Real Madrid vs Lyon ni.
Pada game pertama Lyon telah menang 1-0 ke atas Real.
Hasil jaringan tunggal Jean Makoun, 47'.
Untuk game kedua ni aku percaya Real boleh menang
ke atas Lyon dgn mudah berikutan pada game pertama Real
berjaya menguasai permainan sebanyak 66% berbanding Lyon hanya 33%.

Jadi tidak menjadi masalah buat Real untuk menang besar pada game pagi esok.
Akan tetapi, ade masalah lain yg timbul dekat aku sekarang ni.
Kebanyakan kedai makan area sini akan memasang game satu lagi.
Game yang aku cakap bosan, xbest n buat aku mengantuk tu.
So harapan untuk menengok game Real ni agak tipis la.
Terpakse menengok game bosan tu bersama kawan2 yang lain.
Tp xpelah, time half time tu ley r silau2 sikit dekat game Real.

Untuk lineup pagi esok.
Aku agak2 Real akan menurunkan :-

Goldkeeper:
Casillas
Defenders:
Ramos, Albiol, Arbeloa, Garay
Midfielders:
Kaka, Guti, Granero, Diarra
Forwards:
Higuain, Ronaldo

Last skali aku predict:
Real Madrid 3-1 Lyon
Higuain
Ronaldo
Kaka(Penalti)


Result :
Real Madrid 1-1 Lyon
Lyon menang dgn agregat 1-2
T_T




Sunday, March 7, 2010

FA CUP: Chelsea vs Stoke City

2 komeng
Malam ni akan berlangsung game Chelsea bagi
mempertahankan Piala FA.
Stoke City akan bertandang di Stamford Bridge
yang mane semua org taw baru runtuh baru2 ni
akibat dilanggar olen kapal Man City.
Terry & Bridge

Agak kecewa dgn 2 kekalahan Chelsea yg lepas.
Krisis skandal John Terry dan pemain yg masih injured iaitu
A. Cole, M. Essien, J. Bosingwa, Y. Zhirkov dan P.Cech
menyukarkan perjalanan Chelsea di pertengahan musim ini.
Dicampur dgn pergantungan pemain yg mendapat kad merah
iaitu M. Ballack dan J. Belletti.
Jadi anggaran aku skuad Chelsea yang akan diturunkan pd malam ni adalah:

(GK)Hilario, Terry, Ivanovic, Carvalho, Ferreira, Mikel, Deco, Lampard, Malouda, Anelka & Drogba. (4-4-2)

Subs : Turnbull, Alex, Borini, Matic, Kalou, Sturridge & Zhirkov.

Aku harap Chelsea dpt bermain dgn baik mlm ini
dan aku predict Chelsea 2-1 Stoke City.

Goals :
Drogba & Lampard
Fuller


CHELSEA CHELSEA~~


RESULT:

Chelsea 2-0 Stoke City
Lampard 35'
Terry 67'


Lagu Omputeh

0 komeng
Post kali ni aku just nk taruk
lagu2 omputeh yg aku suke zaman2 skola dlu.
1st lagu ni :
Keane - Somewhere Only We Know



Lagu ni femes time aku form 4 & form 5 dulu (2004 n 2005).
Selalu je dgr. Siap ade awek bagi lirik lagu lagi. hehe

Pastu 2nd lagu ni:
Sugarcult - Memory



Band Sugarcult ni byk lagu dia best2. Tp paling best lagu memory r.
Slalu je layan dlu. Tp xde smpai tahap hapal lirik. Dgr je sbb musik dia best.

3rd plak lagu ni :
The Used - All That I've Got



Lagu ni aku suke sbb tertarik dgn video music dia. Menarik.
Music dia pon best n mcm bese aku layan je n xhapal lirik.
Sbb aku xpndai nyanyi lagu omputeh. Lagu indon senang r. hehe
OK tu aje. adios :)

Wednesday, March 3, 2010

M-Chemi

0 komeng

HARI INI
Interactive Chemistry Learning Aid (M-Chemi)
Tu la tajuk Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku.
Td baru je lepas bentang kat aku nye penyelia, En. Sumazly.
Byk komen dia dekat aku punye color tulisan n background.
Sume tu aku buat utk sementara waktu je.
Nk siapkan isi kat dlm sistem tu dlu, barulah leh cantik2kan. :)

SEMALAM
Agak penat nk siapkan pita aku ni sbb smlm tenet xdpt.
Streamyx kene potong! potong! potong! (p1-wimax)
Pastu pegi la lib dgn harapan utk dpt tenet.
Smpai kat lib n pasang laptop.......dpt

LIMITED OR NO CONNECTIVITY
Kecewa aku. Tp nk buat camne, malas nk balik umah(sebenar).
Buat jela pita kat lib tu. Siapkan bahagian yg xperlu internet utk buat,
Pas siap, aku ajak la topek main Kaunter Sterika.
gambir hiasan

Saje nk ilangkan tension n isi masa lapang.
Puas main mende alah tersebut, aku pon bergerak ke kedai Satey~
Tempah Satey sebyk 90sen then balik umah makan kejap(makan nasi).
Kat umah, merc E240 yg mak aku ckp aritu dah ade kat umah.
Color biru laut. Cantik je. Tgk bahagian dlm mewah gile.
Stakat tgk jela aku dpt. Nk bawak harapan la.
Ayah aku mane la bg. Mende nk jual kat org.
Kalu terlanggar pasu dpn rumah pon harga dah jatoh.
So biarla dlu. Prasaan gersang utk byk merc kene hold la.. =.=

Pastu balik umah sewa tersyg... la sgt.
Duk sane smpai isyak then pegi amik satey kat kedai.
Kul 9 stat buat postmortem dgn ajk n fasi yg ade.
Bagitau sume tentang program mggu IT baru ni.
Baru nk tembak dak2 fasi, tp fasi ramai xdtg. ngeh2. :P
Abis je postmortem tu, ape lg... makan SATEY~
gambir hiasan lagi

Habis je makan, aku bertolak balik umah sewa trsyg...la sgt
dan smbung membuat pitaku masih byk lagi xsiap.
Ingtkan xnk tdo, tp last2 tertewas jugak sbb mate ngantuk sgt.

HARI INI balik...
Bangun awal2 sbb smbung wat pita.
Xkan nk tnjuk kat sumazly mende same yg aku tnjuk mggu lepas.
So tambah ape yg patot, then prepare alasan ape nk bg utk mende xsiap. haha
itu saja untuk post kali ini. adios~~

Monday, March 1, 2010

ITAC 2010

5 komeng
ITAC 2010
It Acquaintance Camp
25-27 Februari
Agro Resort, Setiu, Terengganu
81 Orang


Camp ini dibuat khas untuk budak2 taun 1 kos IT, UMT.
Hasil titik peluh ajk2 yg terlibat akhirnya program ini berjaya dijalankan.
Aku selaku naib pengarah program ingin berterima kasih kpd:
1. MT Comtech
2. AJK
3. Fasi
4. Peserta
5. Agro Resort

Gambir2 :
Time jungle trek (kump 1-5)
3 jejaka encem kot~~(nada fufu)
Slepas majlis penutup itac 2010

kredit utk Bantal Muchuk utk gambir2 di atas.

Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors