Saturday, March 28, 2009

Gempar Bumi Di Jerantut

JERANTUT 27 Mac - Penduduk di beberapa kawasan di Jerantut gempar apabila dikejutkan oleh gegaran yang berpunca daripada kejadian gempa bumi pagi ini.

Rata-rata mereka yang ditemui tidak menyangka gegaran yang berlaku pukul 9.46 pagi itu berpunca daripada gempa bumi di kawasan tersebut.

Gempa bumi yang dilaporkan berlaku itu membabitkan beberapa kawasan di Jerantut, antaranya Sungai Terkam Getah, Terkam Utara dan Kota Gelanggi.

Seorang kerani di Pejabat Pos Mini Terkam Utara, Ili Khairunnisa Mohd. Rashid, 22, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan di pejabat pos berkenaan.

"Tiba-tiba saya terasa gegaran ketika menguruskan pembayaran bil seorang pelanggan. Gegaran kecil itu menyebabkan saya rasa pening," katanya.

Berikutan gegaran tersebut, katanya, berlaku sedikit kekecohan di kalangan pelanggan di dalam pejabat pos berkenaan.

"Saya pada mulanya menyangka gegaran itu disebabkan dentuman barang yang terjatuh dari dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersebelahan dengan Pejabat Pos Mini berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi yang berlaku itu berukuran 3.0 Richter dan berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur iaitu terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah itu dirasai di sekitar daerah Jerantut.


0 komeng:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

GIRLSPT.COM - Free cursors